Showing posts with label Sabah yg best. Show all posts
Showing posts with label Sabah yg best. Show all posts

Tuesday, January 14, 2014

Karambunai , Sabah

salam

masa cuti hujung tahun .aku wat roadtrip keliling Sabah
ye ke round Sabah?
hehe area dekat2 je.. lagipun cuti 10 hari jer tak leh lama2
trip aku KK- Karambunai- KK- Tamparuli- Ranau- Kundasang - KK - Brunei

hehe
awat ada KK in between?
haha sebab aku nak relax relax je cuti ni
plus bawak Humaira' , aku kena top up susu , pampers , baju dia
baju dia tuh 5 pasang satu hari pakai.. banyak hoi!
aku malas nak bawak beg besar bagak..hehe…

entry ni nak citer gi Karambunai  ajo

Karambunai ni dah lama aku nak gi
time zaman bercinta lagi tettt! haha
masa tuh tengok iklan kat tv hehe
kat kedai makan kat Putrajaya (tempat study berdating keke)
gambar dia cantikk giler…tapi masa tu student. takdok duit.
berangan sambil tersengeh2 la jawabnya!
haha
eh

Karambunai ngan Kota Kinabalu jarak cuma 30 minit perjalanan
dekatt jer
tapi aku gatai gak book hotel
mestilah tidur sana , bangun pagi hirup udara segar kat sana
aku duk Hotel Nexus Resort n Spa
book guna asiarooms.com
murah rm 400 je

sampai sana hotel dia okayla…penuh ngan flora fauna
macam dalam hutan gituh
ada magrove
ada tasik yang penuuh dengan bunga teratai..me likey so much!
ada spa yg best tapi mahal
ada playroom untuk budak2 siap dengan aktiviti
breakfast dia sedap.. okay laaaa
yang paling penting dekat dengan pantai yang sangat bersih cantik tenang
sebab dia lagoon .. so sangat cantik lah
ombak pun tak kuat sangatt
laki aku mula mula cuak nak gi spend night there
sebab masa aku gi tuh ada rumours bodoh mana kat facebook cakap ada tsunami akan melanda pantai sabah
bodoh betul sape wat rumours ngek camtuh
aku tak percaya sebab geng aku yang jaga radar kat tawau pun cakap takde lah
aku memang kureng kalu benda ginih sebar kat facebook
wat orang gelabah puyuh je

Karambunai ni heaven utk golfers gak
ada 2 tempat nak mencangkul kat sini
hehe

Pantai dia cantik
sangat cantik
bagi aku pantai kat Sabah memang cantik
crystal clear
memang best nak relax, honeymoon, jiwang jiwang kat sini
seronok sangat bangun bangun bunyi ombak
Humaira seronok dapat main beach sampan tunjuk swimming pool , she said no! mulut mencebik sambil tang an tunjuk ke arah pan tai cakap beach! beach!
siap pergi ke tengahhhh pantai lagiii
berani betulll
kalau nak naik kayak jetski banana boat semua ada… nak massage kat tepi pantai pon ada...sediakan duit ajeeee


okay enjoy the photos!

kat kolam ni ada biawak pandai makn roti krim.betul. tak tipu tau!


abang n adik. ehhh










daddy. Humaira'. pantai yang cantik






mummy mau rilek2 lak


tak sempat tukar swimming trunk.terjun dgn baju tidur

yes bawang putih, sill basuh baju anda sendiri haha












anak aku merenung masa depan haha



Saturday, January 11, 2014

Apa yang best di Tawau

salam

best or menarik di Tawau??
haha dah setahun tinggalkan Tawau baru ko nak tulis pasal TAwau?
mendee la aku nih kan

ni sebab aku tengok news kat tv tadi
harga ikan mahal..dah naik? nape? semua brg nak naik
mampos gini
sebab kat Tawau…amatlah murah ikan di sini
maybe that one of the best thing in tawau

so ikut list aku k. apa yg best Tawau nih

  1. seafood. diulngi SEAFOOD. fresh dan murah gile weh. pergi Pasar Besar Tawau memang bersepah ikan udang sotong udang semuaa laaahh…rumpai laut kolagen tuhhh RM8 je sekiloo. ikan tenggiri rm 10 sekilo. ada timee luck best. aku penaj dpt seekor medium sized ikan tenggiri rm 10 jewww. ikan kembong rm 5-8 je sekilo. udang?? yg besar2 segar RM 12-15 jewwwww..wahhh masyukkkk….ikan merah rm 15 je sekilo.gi awal pagi lagi dapat murah. sotong tergetik2 baru naik dari bot nelayan!! masyukkkkk
  2. Tenang aman damai. sesuai nak buat anak di sini.hehe.aku le tu.
  3. shopping mall takde. yg paling besar gah pun Giant n Servay. once again sesuai la nam besarkan anak n besarkan wang simpanan anda. hahaha. macam aku.ehm ehm..duit tak bergerak pun sbb tak shopping. hihi online shopping bulehhhhh
  4. dekat nak gi pulau yang cantik yang amat di Savah ni. u just name it - Sipadan, Mataking, Pom pom, Mabul , Kapalai??  memang semua aku go. sbb kerja hehehe
  5. sola try The C special. ada org panggil the madras. sedap!! mural rm 2 je segelas dabak
  6. oh ya..kuih much still ada dijual rm1 dapat 5 ketul!!! hambik ko…mana wujud lagi di dunia sikalang ini 
  7. Muzium Koko. ni sykt Teck Guan punya. best muzium nih. masuk kena bayar. kena book. kena kumpulan 10 org. kalau tak diorang tak layan. see? sbb muzium ni best. kalau ada masa sila pergi tauuu
  8. Nasi Lalap. try lay. kat Tawau jer ada.hehe . aku tak suka. simple sgt dish ni
  9. Es Teller. macam ABC. ais kacang. tapi ada unik dia. sila cuba. aku sekali cuba , tergelak sampai satu kedai dengar hahaha



Friday, January 10, 2014

sambungan apa yang menarik di Tawau

kena buat sambungan
kehkehkeh
sbb berebut lappy ngn anak
dia tekan terus button publish
hahahahaha
anak2 zaman lonih huh

Aku berhenti kat no 10 kan?
10. Minum air teh C. Teh yang layer 3 lapis tu. Minta teh C special. Pergi kedai Haji Tamrin. RM 2 je. Pau kacang hitam pun terbaik.

11. Korang try mi tauhu. Mi goreng kicap kosong ( aku rasa dia gaul mi kuning ngn minyak n kicap je lol) pastu dimakan bersama sup tauhu. Sup dia sedap. Mcm mknn cina. Tapi aku kurang gemar. Mcm makanan bajet je, hehe. Dua hengget jerr. Humaira amat suka mi ni..kihkih.

12. Kat bandar tawau ni gak ada satu kedai makan nama Balikpapan. Kedai ni yang sedap adalah ikan baulu panggang. Ikan ni rasa mcm ikan terubuk tapi xde tulang yg banyak. Yg special sbb sambal goreng dia tuh. Mcm ketagih. Mesti mintak extra.Almost every week aku dtg mkn kat sini. Air jagung cincau dia pon special..alaaa teringin la plak.

13. Suka sup? Haaa kat Tawau ada kedai sup semua jenis sup. sup tulang ayam daging payau perut sup sayur. Sedaaapppp..penuh sokmo kedai nih. Dekat giant Tawau. Harga dia agak mahal. Ehhe

14. Oh ya, kat giant tawau ni try milk tea pearl dia.kedai dia x glemer pon nama cam Chatime tu..tp pearl dia terbaikk lah. Milk tea dia sedap ada rasa herba2. Pearl dia tak cam biasa yg kenyal2 tu tapi dia yg jenis senang pecah bila masuk mulut n content pearl dia cecair masam manis cam asamboi tuh,.. Haaaa x jumpa lagi pearl milk tea camtuu huaha

15. Sanggar cheese. Ni pisang goreng yang ditabur cheese n gula melaka n susu pekat. Presentation macam cheesy wedges gitu.. Sedap tapi manis. Sebulan sekali bolehla. Cari kat kedai Indocafe

16.sanggar papek.. Haha first time dengar nama dia ..aku tergelak2.. Macam tuttt...hahaha. Dia pisang goreng gak tapi preparation dia oelik sikit. Pisang muda direbus pastu ditumbuk jadi penyek pastu digoreng. Yg pelik x berminyak. Ada la sekali dua makan. Sbb kalau order mesti nak tersengeh2. Benci tau ofismet jantann semua hihi

17. Daging rusa. Sini panggil payau. Sini banyak. Murah. RM 23 sekilo. Rusa liar tau. Sedap goreng sup masak lada hitam. Daging dia sedikit manis n urat halus compared to beef. Aku selalu dpt free sbb anak buah aku ada lesen berburu rusa ni. Haha. Tp nk tapau balik semenanjung boleh, ada kedai sebelah airport Tawau . Dia siap wat frozen siap2.. Sonang. 

18. Kalau korang ke Kapalai.. Sila la bermalam sehari.. Best. Aman tenang. Tp mahal la resort dia. Tp berbaloi. Nak murah g Mabul. Satu lagi kalau gi pulau sipadan jgn lupa singgah kat gua yang penyu2 gi mati kat sana. Org panggil tombstone for turtle. Bersepah cangkerang penyu kat situ.penyu bila nak mati dia akan gi kat tempat tu. Nape ntah! Hehe. Ohh yaa... Kalau gi pulau Siamil sila minum air kelapa kat sana. Manis mcm letak gula ! Hanya kelapa kat pulau tunje rasa manis lain mcm. Hehe... Believe me.. Sbb aku gi semua pulau n aku minum air kelapa kat each pulau.hehe

19. Untuk yang kaki diving. Jgn lupa dive kat Barracuda point kat pulau Sipadan. Serious cantikkk..national geography live depan mata! Hahaha..,

20. Pasar Tekada. Setiap ahad pagi kat jalan Tekada. Sini mcm pasar tamu. Selain sayur fresh n murah gilak.. Ada jual ayam hidup kucing arnab anjing. Comelll sgt tgk puppy...kalau nak tengok kerang berbuku datang sini.hehe.hidup fresh. Siap still terbuka dia yer shell sambil keluarkan air. Rm 2 sekilo. Aku suka beli letak dlm mi kari...slurpiiiiiieee

21. Bulatan.Roundabout. Terlalu banyak disini. Dari yg kecik sampai yg besar. Aku rasa ada dekat 20 bulatan kat bandar tawau je. Mmg pening kalau drive kat sini. Haha...Bandar semporna laaagiila haru trafijk dia

Tu je kot... Aku duk 3 tahun kat Tawau, mmg enjoy...sedih gak tinggal bandar Tawau tp bila smpi KK.. terus terubat bila tgk shopping mall. Hhahahaha




Ini kapalai... Cantikkkannnnn

My Other Stories

Related Posts with Thumbnails