Friday, January 10, 2014

sambungan apa yang menarik di Tawau

kena buat sambungan
kehkehkeh
sbb berebut lappy ngn anak
dia tekan terus button publish
hahahahaha
anak2 zaman lonih huh

Aku berhenti kat no 10 kan?
10. Minum air teh C. Teh yang layer 3 lapis tu. Minta teh C special. Pergi kedai Haji Tamrin. RM 2 je. Pau kacang hitam pun terbaik.

11. Korang try mi tauhu. Mi goreng kicap kosong ( aku rasa dia gaul mi kuning ngn minyak n kicap je lol) pastu dimakan bersama sup tauhu. Sup dia sedap. Mcm mknn cina. Tapi aku kurang gemar. Mcm makanan bajet je, hehe. Dua hengget jerr. Humaira amat suka mi ni..kihkih.

12. Kat bandar tawau ni gak ada satu kedai makan nama Balikpapan. Kedai ni yang sedap adalah ikan baulu panggang. Ikan ni rasa mcm ikan terubuk tapi xde tulang yg banyak. Yg special sbb sambal goreng dia tuh. Mcm ketagih. Mesti mintak extra.Almost every week aku dtg mkn kat sini. Air jagung cincau dia pon special..alaaa teringin la plak.

13. Suka sup? Haaa kat Tawau ada kedai sup semua jenis sup. sup tulang ayam daging payau perut sup sayur. Sedaaapppp..penuh sokmo kedai nih. Dekat giant Tawau. Harga dia agak mahal. Ehhe

14. Oh ya, kat giant tawau ni try milk tea pearl dia.kedai dia x glemer pon nama cam Chatime tu..tp pearl dia terbaikk lah. Milk tea dia sedap ada rasa herba2. Pearl dia tak cam biasa yg kenyal2 tu tapi dia yg jenis senang pecah bila masuk mulut n content pearl dia cecair masam manis cam asamboi tuh,.. Haaaa x jumpa lagi pearl milk tea camtuu huaha

15. Sanggar cheese. Ni pisang goreng yang ditabur cheese n gula melaka n susu pekat. Presentation macam cheesy wedges gitu.. Sedap tapi manis. Sebulan sekali bolehla. Cari kat kedai Indocafe

16.sanggar papek.. Haha first time dengar nama dia ..aku tergelak2.. Macam tuttt...hahaha. Dia pisang goreng gak tapi preparation dia oelik sikit. Pisang muda direbus pastu ditumbuk jadi penyek pastu digoreng. Yg pelik x berminyak. Ada la sekali dua makan. Sbb kalau order mesti nak tersengeh2. Benci tau ofismet jantann semua hihi

17. Daging rusa. Sini panggil payau. Sini banyak. Murah. RM 23 sekilo. Rusa liar tau. Sedap goreng sup masak lada hitam. Daging dia sedikit manis n urat halus compared to beef. Aku selalu dpt free sbb anak buah aku ada lesen berburu rusa ni. Haha. Tp nk tapau balik semenanjung boleh, ada kedai sebelah airport Tawau . Dia siap wat frozen siap2.. Sonang. 

18. Kalau korang ke Kapalai.. Sila la bermalam sehari.. Best. Aman tenang. Tp mahal la resort dia. Tp berbaloi. Nak murah g Mabul. Satu lagi kalau gi pulau sipadan jgn lupa singgah kat gua yang penyu2 gi mati kat sana. Org panggil tombstone for turtle. Bersepah cangkerang penyu kat situ.penyu bila nak mati dia akan gi kat tempat tu. Nape ntah! Hehe. Ohh yaa... Kalau gi pulau Siamil sila minum air kelapa kat sana. Manis mcm letak gula ! Hanya kelapa kat pulau tunje rasa manis lain mcm. Hehe... Believe me.. Sbb aku gi semua pulau n aku minum air kelapa kat each pulau.hehe

19. Untuk yang kaki diving. Jgn lupa dive kat Barracuda point kat pulau Sipadan. Serious cantikkk..national geography live depan mata! Hahaha..,

20. Pasar Tekada. Setiap ahad pagi kat jalan Tekada. Sini mcm pasar tamu. Selain sayur fresh n murah gilak.. Ada jual ayam hidup kucing arnab anjing. Comelll sgt tgk puppy...kalau nak tengok kerang berbuku datang sini.hehe.hidup fresh. Siap still terbuka dia yer shell sambil keluarkan air. Rm 2 sekilo. Aku suka beli letak dlm mi kari...slurpiiiiiieee

21. Bulatan.Roundabout. Terlalu banyak disini. Dari yg kecik sampai yg besar. Aku rasa ada dekat 20 bulatan kat bandar tawau je. Mmg pening kalau drive kat sini. Haha...Bandar semporna laaagiila haru trafijk dia

Tu je kot... Aku duk 3 tahun kat Tawau, mmg enjoy...sedih gak tinggal bandar Tawau tp bila smpi KK.. terus terubat bila tgk shopping mall. Hhahahaha




Ini kapalai... Cantikkkannnnn

3 comments:

Unknown said...

Nda tambah hotspring? Buka suda tu hotspring...
http://zipahsasuke.blogspot.com

Unknown said...

Bulan jan nk ke sana.. tq yer bg info.

jmput dtg blog
www.bidadarigojes.blogspot.com

Capt MUHAMMAD Azhar said...

Bidadari Gojess kalau nak masuk pulau di semporna bileh contact saya... kami uruskan percutian bidadari nanti insyaAllah..

My Other Stories

Related Posts with Thumbnails