Thursday, July 3, 2014

Brunei Darussalam

baru nak post pasal nih
hehe lupa
bila sort out gambar dalam lappy ni baru perasan.
skang lak takde kerja. melepek hehe

dari Kota Kinabalu ke Brunei hanya 5 jam
tapi ada 4 check point imegresen. banyak kan?
sebab geographical factor. Brunei kan bentuk dia ada 2 part
so checkpoint - Sabah/Sarawak , Sarawak/Brunei , Brunei/Sarawak then Sarawak/ Brunei
nak paham sila refer map hehe
so our journey took almost 7 hrs
menunggu lM. ramai org tiap check point tu
dulu lagi haru , ada satu check point tu kena angkut kereta pakai feri sebab ada sungai kecik
sekarang dah ada jambatan Malaysia Brunei
masa aku gi tu, jambatan tu baru 2 minggu kot lepas dirasmikan oleh najib

oh ya, sila bawak geran kereta anda. they need it at imigresen. kena isi borang

sebab gerak dalam jam 10 pagi dari KK , so kitorg sampai dah nak maghrib
kitorg gi duk Hotel Radisson , the only international hotel yg ada di Bandar Sri Begawan ni
kata staff hotel ni lah
murah je rm 300 semalam
aku suka design hotel ni , ala moden simple yet chic looking
kaler tema dia putih , hijau n oren
aku suka combination ini
melompat2 lah aku n humaira atas katil sebab seronok

Malam tu gak kitorang pi round Bandar Sri Begawan ni
kecik je town ni
macam bandar Kuala Terengganu pun ada. plus bndr Mukhtafi billa syah kt Pahang tu
bangunan lama2
ada signboard jawi
pastu malam dia tak berapa meriah la
kitorg lapar
ada banyak restoran arab , western
tapi aku pilih coffee bean gak
haha amende laaaa …laki aku ckp
dtg brunei mkn la ambuyat - mknn tradisi sagu cair mkn dgn ikan masak taucu tu
aku takde la gila nak gi makan ambuyat malam gini
plus aku dah rasa kt KK. tak rasi tekak gua
i need coffee  hehe


kitorang round ke Masjid Sultan Omar Ali Saifuddin
malam2 nampak lampu kelip2 colourful
cantik
ni main attraction ke Brunei masjid nih
katanya masjid paling mahal
kecik je
tapi batu marmar lah dari dalam sampai ke luar, tangga
sbb malam kitorang lepak2 kat square depan kampung air
kampung air dia agak teratur berbanding kat Sabah
pastu ada banyak bot tambang laju. dari town ke kg air ni
prong preng prong preng
asal ada customer je dia bawak
ralit aku duk tgk aktiviti diorang yg naik bot tambang ni
ramai guna
rm 1 dolar brunei je
tapi aku tak naik. malas. hehe

pagi esoknya, aku bangun lepas makan breakfast sedap kt hotel
sedap tau breakfast dia. makanan dia fresh. salad dia sedap. olive dia sedap
berapa biji ntah aku mkn olive tu. sedapp
btw staff kay hotel ni ramai filipinos
haram tak paham aku cp bahasa hehe

kitorang gi jalan kat bandar sri begawan . first place ke Regalia
Royal Museum
museum pasal sultan brunei ni lah
besar! free entrance!
dari sejarah . alat alat kebesaran baju dan adat istiadat sultan Brunei
yang best dia display semua hadiah yg Sultan Brunei dapat dari negara or org persendirian
banyak gile
even buku budak sekolah bagi kat dia pun ada display!
memang sultan brunei ni berjiwa rakyat

then kitorang gi sekali lagi masjid Sultan Omar Ali tu
ni siang version plak
meronda , solat . posing hehe
pastu pergi pusat sejarah Brunei
pergi Istana Iman
pastu pergi museum ape tah
banyak benda skema je lah

Brunei ni basically tak de la apa sangat
cuma suasana dia yang agak retro macam 1980-an buat rasa cam tenang je
orang Brunei baik baik je
tudung diorang pakai yang satin n printed. ada kerongsang kat tengah2
macam mak cik2 hehheh…sukati aku je kan?
pastu takde rushing je
rilekkk je
bwak kereta sangat berhemah
mostly kereta besar2
tapi banyak gak yg city car
jalan sini okey cuma parking payah
ye lah negara kecik
hihi
pastu kat tv selalu ada penerangan tentang hukum hudud yg masa tu tgh glemer pasal isu ni
aku rasa macam kat sekolah berasrama pun ada
hehe
mcm kena behave je hohoho

petang tu aku terus balik KK
souvenir aku hanta bridge magnet

tata
selamat datang ke Brunei

masjid Omar Ali Saifuddin

melepak kat satu satunya square kat bandar Sri Begawan

bot penampang yang sibuk





tetiba lak aku kena interview utk Royal Brunei TV.hehe


No comments:

My Other Stories

Related Posts with Thumbnails