Tuesday, January 14, 2014

Karambunai , Sabah

salam

masa cuti hujung tahun .aku wat roadtrip keliling Sabah
ye ke round Sabah?
hehe area dekat2 je.. lagipun cuti 10 hari jer tak leh lama2
trip aku KK- Karambunai- KK- Tamparuli- Ranau- Kundasang - KK - Brunei

hehe
awat ada KK in between?
haha sebab aku nak relax relax je cuti ni
plus bawak Humaira' , aku kena top up susu , pampers , baju dia
baju dia tuh 5 pasang satu hari pakai.. banyak hoi!
aku malas nak bawak beg besar bagak..hehe…

entry ni nak citer gi Karambunai  ajo

Karambunai ni dah lama aku nak gi
time zaman bercinta lagi tettt! haha
masa tuh tengok iklan kat tv hehe
kat kedai makan kat Putrajaya (tempat study berdating keke)
gambar dia cantikk giler…tapi masa tu student. takdok duit.
berangan sambil tersengeh2 la jawabnya!
haha
eh

Karambunai ngan Kota Kinabalu jarak cuma 30 minit perjalanan
dekatt jer
tapi aku gatai gak book hotel
mestilah tidur sana , bangun pagi hirup udara segar kat sana
aku duk Hotel Nexus Resort n Spa
book guna asiarooms.com
murah rm 400 je

sampai sana hotel dia okayla…penuh ngan flora fauna
macam dalam hutan gituh
ada magrove
ada tasik yang penuuh dengan bunga teratai..me likey so much!
ada spa yg best tapi mahal
ada playroom untuk budak2 siap dengan aktiviti
breakfast dia sedap.. okay laaaa
yang paling penting dekat dengan pantai yang sangat bersih cantik tenang
sebab dia lagoon .. so sangat cantik lah
ombak pun tak kuat sangatt
laki aku mula mula cuak nak gi spend night there
sebab masa aku gi tuh ada rumours bodoh mana kat facebook cakap ada tsunami akan melanda pantai sabah
bodoh betul sape wat rumours ngek camtuh
aku tak percaya sebab geng aku yang jaga radar kat tawau pun cakap takde lah
aku memang kureng kalu benda ginih sebar kat facebook
wat orang gelabah puyuh je

Karambunai ni heaven utk golfers gak
ada 2 tempat nak mencangkul kat sini
hehe

Pantai dia cantik
sangat cantik
bagi aku pantai kat Sabah memang cantik
crystal clear
memang best nak relax, honeymoon, jiwang jiwang kat sini
seronok sangat bangun bangun bunyi ombak
Humaira seronok dapat main beach sampan tunjuk swimming pool , she said no! mulut mencebik sambil tang an tunjuk ke arah pan tai cakap beach! beach!
siap pergi ke tengahhhh pantai lagiii
berani betulll
kalau nak naik kayak jetski banana boat semua ada… nak massage kat tepi pantai pon ada...sediakan duit ajeeee


okay enjoy the photos!

kat kolam ni ada biawak pandai makn roti krim.betul. tak tipu tau!


abang n adik. ehhh










daddy. Humaira'. pantai yang cantik






mummy mau rilek2 lak


tak sempat tukar swimming trunk.terjun dgn baju tidur

yes bawang putih, sill basuh baju anda sendiri haha












anak aku merenung masa depan haha



No comments:

My Other Stories

Related Posts with Thumbnails