Sunday, January 12, 2014

First time experience with Star Cruise

salam

tetiba nak abis cuti, aku decide nak naik kapal
ekekek
kat KK ni, every year dari Dec - March , kapal mewah Star Cruise ni akan berlabuh kat port KK
pastu dia akan wat short cruise trip
aku tahu pon dari papan iklan besar bagak dia letak kat roundabout kt KK
pastu senior officer aku ada cite pasal cruise ni.. murah katanya dari RM 250 sorang

so dengan perasaan happy walaupun penat wat roadtrip round Sabah hingga Brunei (nanti aku wat entry pasai nih)
aku ajak laki aku gi kat ofis dia kat KK Times Square
agak late booker lah kitorang ni
dalam 3 hari dari hari nak cruise
mula mula aku nak amik 4 days n 3 nights yer package
tapi aku ada meeting pulak on 7 hb Jan
takkan nak ponteng. dahla aku sorang lady officer
obvious sgtlah kannn kalau absent . cet
so kitorang amik 2 days n 1 night yer trip lah
amik executive suite …RM 1200++
takpo pokcik yang nak bayar..hehehe
kalau aku yang bayar.. aku amik cabin biasa yg kat lowest deck jah hahah
bunyi enjin la hihi

hari on departure kitorang gi ke Sabah Trade Centre..
nasib baik.. ada free parking kat situ
ingat kena park kat port..mahal gile weh…dengarnya RM 40 per day. mampos
since kitorang amik executive suite..kitorang dapat escort n VIP passage
wahhh
minah cun dari Filipina tolong settlekan pasal card , IC pastu tunjuk bilik n book seat untuk makan kat restaurant dlm kapal tuh and tolong wat tour dalam kapal tuh
amir seronok la dapat borak bahasa Filipina (tagalog) dengan minah tu
amboii mentang2 dia mission kat Filipina…
ternganga gak aku dengar laki aku cakap bahasa Filipina..tak nah lak dia tunjuk depan aku
cess
hehehe…dah aku tak reti cakap Tagalog katanya, kang dia jer cakap aku yg biol ….kihkih

tersengeh sengeh aku ngan humaira naik kapal bagak tuh
anak aku melompat2 sambil cakap ship! big ship! yeayyy
jakun macam aku…aku nih tak melompat je hehe
melompat atas katil jerr
hihi

dalam ship tu ada 12 tingkat or deck
kitorang kat 11th deck
dekat ngan dock..bahagian paling atas kapal
restaurant deck 10
tempat berlibur deck 9
ada casino..ni kan syarikat genting highland tu
restaurant ada 3 buah. salah satu restaurant spicy ada makanan halal
minah cun yg escort kitorang tu dah setelkan pasal makanan utk kitorang.yey!
pastu macam2 ada
ada gym..poyo tak aku siap bawak sport shoes sbb nak guna gym sini
ada childcare centre lagi.. boleh tinggal anak untuk berjoli2 hehe
ada elevator
ada Jacuzzi, swimming pool , karaoke , netball court , driving range for golfers
tempt shopping pun ade weh..yang free duty tax la. coklat perfume liquor handbag pun ade.jam tangan..wahhh
pendek kata nak hoyeah semua ado naa
hehe

suite dia…sangat best!
macam hotel
ada 2 tv. satu kat ruang tamu kecik n satu kat dlm bilik tidur
wahhhh
kitorang pilih balcony yer suite
sbb aku nak feeling2 titanic sambil tengok open sea masa kapal berlayar dengan free hair
ekekekekek
siap ada complementary buah n tea set untuk dibawa balik
siap dengan wine sebotol complementary…kitorang amik gak hehe…amir nak bagi kat kawan dia kat Filipina tuh
best sangat masa malam kapal tu berlayar…kitorang duk lepak kat balcony..
romantik gilos..rasa cam second honeymoon plakk
haha tapi si budak boolat nih tido lambat la pulak
excited sangat kot!
nak letak kat childcare centre , laki aku tak mau..katanya tak caya orang asing jaga Humaira'
cesss…hehe

lepas dinner…restaurant n makanan dia biasa je
macam makanan kat hotel
cuma nampak laut lah and bunyi ombak n kapal
kitorang gi kat tempat hiburan
ada magic show
stage besar. cantik
magician tuh dari Itali
terhiburlah gak
dekat sejam lebih
Humaira' suka lah tengok sebab banyak kakak cantik
lepas magic show, ada erotic dance show pulek..kihkih
nasib Humaira' tak tidur..so kitorang gi melepak atas dock..femfeeling macam movie Titanic hehe
pastu pusing satu kapal..hehe..nasib tak gi bahagian engine je

yang best bila bangun pagi..nampak sunrise
cantik gile sunrise dari open sea
nyesal tak tengok sunset tauu
sebab sibuk duk belek suite.hehehe
rasa sangat tenang…..macam lari dari semua masalah
patutlah orang kata laut ni baru 1/3 manusia explore
cantik n mysterious

anyway it was great experience for us
esp Humaira' lah.. dapat berendam dlm swimming pool n ramai kakak cantik tegur dia
workers on the ship tu mostly from Filipinos
laki aku lak pandai cakap bahasa diorang..seronok lah
siap aku dapat Halo halo sejenis air macam ABC tapi ada letak air kelapa instead susu
bolehla.. i m not fancy about ABC ais kacang nih
hoho

okay enjoy the photos

Jom naik tongkang! hehe
ini no suite kitorang! 

katil yang empukss.


ruang tamu rehat dulu.sini humaira conquer!

dinner time!

tunggu lif. ramai orang shopping

masa tengok magic show. pastu kena sorok hp sbb takboleh amik gambar masa show

complementary fruit!

breakfast time!

laksa asam ni sangat sedap okehhh


makcik jakun kekeh

dah panas! humaira asyik nak terjun swimming pool kat bwh tu..hoi
  

tempat shopping

laki aku excited nampak driving range atas nih haha

swimming pool

child care centre

daddy n daughter  n superb view

u jump , i jump hihi





Saturday, January 11, 2014

Apa yang best di Tawau

salam

best or menarik di Tawau??
haha dah setahun tinggalkan Tawau baru ko nak tulis pasal TAwau?
mendee la aku nih kan

ni sebab aku tengok news kat tv tadi
harga ikan mahal..dah naik? nape? semua brg nak naik
mampos gini
sebab kat Tawau…amatlah murah ikan di sini
maybe that one of the best thing in tawau

so ikut list aku k. apa yg best Tawau nih

  1. seafood. diulngi SEAFOOD. fresh dan murah gile weh. pergi Pasar Besar Tawau memang bersepah ikan udang sotong udang semuaa laaahh…rumpai laut kolagen tuhhh RM8 je sekiloo. ikan tenggiri rm 10 sekilo. ada timee luck best. aku penaj dpt seekor medium sized ikan tenggiri rm 10 jewww. ikan kembong rm 5-8 je sekilo. udang?? yg besar2 segar RM 12-15 jewwwww..wahhh masyukkkk….ikan merah rm 15 je sekilo.gi awal pagi lagi dapat murah. sotong tergetik2 baru naik dari bot nelayan!! masyukkkkk
  2. Tenang aman damai. sesuai nak buat anak di sini.hehe.aku le tu.
  3. shopping mall takde. yg paling besar gah pun Giant n Servay. once again sesuai la nam besarkan anak n besarkan wang simpanan anda. hahaha. macam aku.ehm ehm..duit tak bergerak pun sbb tak shopping. hihi online shopping bulehhhhh
  4. dekat nak gi pulau yang cantik yang amat di Savah ni. u just name it - Sipadan, Mataking, Pom pom, Mabul , Kapalai??  memang semua aku go. sbb kerja hehehe
  5. sola try The C special. ada org panggil the madras. sedap!! mural rm 2 je segelas dabak
  6. oh ya..kuih much still ada dijual rm1 dapat 5 ketul!!! hambik ko…mana wujud lagi di dunia sikalang ini 
  7. Muzium Koko. ni sykt Teck Guan punya. best muzium nih. masuk kena bayar. kena book. kena kumpulan 10 org. kalau tak diorang tak layan. see? sbb muzium ni best. kalau ada masa sila pergi tauuu
  8. Nasi Lalap. try lay. kat Tawau jer ada.hehe . aku tak suka. simple sgt dish ni
  9. Es Teller. macam ABC. ais kacang. tapi ada unik dia. sila cuba. aku sekali cuba , tergelak sampai satu kedai dengar hahaha



Friday, January 10, 2014

sambungan apa yang menarik di Tawau

kena buat sambungan
kehkehkeh
sbb berebut lappy ngn anak
dia tekan terus button publish
hahahahaha
anak2 zaman lonih huh

Aku berhenti kat no 10 kan?
10. Minum air teh C. Teh yang layer 3 lapis tu. Minta teh C special. Pergi kedai Haji Tamrin. RM 2 je. Pau kacang hitam pun terbaik.

11. Korang try mi tauhu. Mi goreng kicap kosong ( aku rasa dia gaul mi kuning ngn minyak n kicap je lol) pastu dimakan bersama sup tauhu. Sup dia sedap. Mcm mknn cina. Tapi aku kurang gemar. Mcm makanan bajet je, hehe. Dua hengget jerr. Humaira amat suka mi ni..kihkih.

12. Kat bandar tawau ni gak ada satu kedai makan nama Balikpapan. Kedai ni yang sedap adalah ikan baulu panggang. Ikan ni rasa mcm ikan terubuk tapi xde tulang yg banyak. Yg special sbb sambal goreng dia tuh. Mcm ketagih. Mesti mintak extra.Almost every week aku dtg mkn kat sini. Air jagung cincau dia pon special..alaaa teringin la plak.

13. Suka sup? Haaa kat Tawau ada kedai sup semua jenis sup. sup tulang ayam daging payau perut sup sayur. Sedaaapppp..penuh sokmo kedai nih. Dekat giant Tawau. Harga dia agak mahal. Ehhe

14. Oh ya, kat giant tawau ni try milk tea pearl dia.kedai dia x glemer pon nama cam Chatime tu..tp pearl dia terbaikk lah. Milk tea dia sedap ada rasa herba2. Pearl dia tak cam biasa yg kenyal2 tu tapi dia yg jenis senang pecah bila masuk mulut n content pearl dia cecair masam manis cam asamboi tuh,.. Haaaa x jumpa lagi pearl milk tea camtuu huaha

15. Sanggar cheese. Ni pisang goreng yang ditabur cheese n gula melaka n susu pekat. Presentation macam cheesy wedges gitu.. Sedap tapi manis. Sebulan sekali bolehla. Cari kat kedai Indocafe

16.sanggar papek.. Haha first time dengar nama dia ..aku tergelak2.. Macam tuttt...hahaha. Dia pisang goreng gak tapi preparation dia oelik sikit. Pisang muda direbus pastu ditumbuk jadi penyek pastu digoreng. Yg pelik x berminyak. Ada la sekali dua makan. Sbb kalau order mesti nak tersengeh2. Benci tau ofismet jantann semua hihi

17. Daging rusa. Sini panggil payau. Sini banyak. Murah. RM 23 sekilo. Rusa liar tau. Sedap goreng sup masak lada hitam. Daging dia sedikit manis n urat halus compared to beef. Aku selalu dpt free sbb anak buah aku ada lesen berburu rusa ni. Haha. Tp nk tapau balik semenanjung boleh, ada kedai sebelah airport Tawau . Dia siap wat frozen siap2.. Sonang. 

18. Kalau korang ke Kapalai.. Sila la bermalam sehari.. Best. Aman tenang. Tp mahal la resort dia. Tp berbaloi. Nak murah g Mabul. Satu lagi kalau gi pulau sipadan jgn lupa singgah kat gua yang penyu2 gi mati kat sana. Org panggil tombstone for turtle. Bersepah cangkerang penyu kat situ.penyu bila nak mati dia akan gi kat tempat tu. Nape ntah! Hehe. Ohh yaa... Kalau gi pulau Siamil sila minum air kelapa kat sana. Manis mcm letak gula ! Hanya kelapa kat pulau tunje rasa manis lain mcm. Hehe... Believe me.. Sbb aku gi semua pulau n aku minum air kelapa kat each pulau.hehe

19. Untuk yang kaki diving. Jgn lupa dive kat Barracuda point kat pulau Sipadan. Serious cantikkk..national geography live depan mata! Hahaha..,

20. Pasar Tekada. Setiap ahad pagi kat jalan Tekada. Sini mcm pasar tamu. Selain sayur fresh n murah gilak.. Ada jual ayam hidup kucing arnab anjing. Comelll sgt tgk puppy...kalau nak tengok kerang berbuku datang sini.hehe.hidup fresh. Siap still terbuka dia yer shell sambil keluarkan air. Rm 2 sekilo. Aku suka beli letak dlm mi kari...slurpiiiiiieee

21. Bulatan.Roundabout. Terlalu banyak disini. Dari yg kecik sampai yg besar. Aku rasa ada dekat 20 bulatan kat bandar tawau je. Mmg pening kalau drive kat sini. Haha...Bandar semporna laaagiila haru trafijk dia

Tu je kot... Aku duk 3 tahun kat Tawau, mmg enjoy...sedih gak tinggal bandar Tawau tp bila smpi KK.. terus terubat bila tgk shopping mall. Hhahahaha




Ini kapalai... Cantikkkannnnn

Wednesday, December 25, 2013

TERRIFIC THURSDAY!!


TERIMA KASIH AYOH , MA!!
u r the reason who what n where i am..

Tuesday, December 17, 2013

Financial education at early age

Salam

I want to start early this so important yet always neglected education
Esp in this new world..
Really concern about what kind of world my lil princess will face
Sangat mak mak okayyy berfikir risau macam ni
Huhuhuhu

Aku memang dh start introduce about money when she manage to point recognize objects
Aku bagi dia main dgn duit. Ckp this is money. Duit. To buy things
Masa tu around 18 months kott
Memang suka la duit. Dihambur2 duit dlm purse aku
Hahaha

From my reading thru various book about financial education
We need to teach them the value of money first. Not teaching them to save the money
How to teach? By teaching them to spend the money
Gituhhhh yer mak mak sekalian
Hihi

So tiap kali aku nk bayar kat kaunter
Aku bwk humaira , letak atas cashier counter tu
Then , aku suh dia hand the money to d cashier
Skang, bila dia minta sesuatu biasanya yogurt lah
Aku ckp , wait! Pay first
Mula2 mmg tak mkn saman minah kecik ni
Nk gak minum
Aku bkeras je wat x paham
Now, she understands... Dia amik yogurt pastu ckp kat aku, wait mummy! Pay first
Dgn pelat n tgn dia tu mmg rasa nk gegettttt je
Hihihi

Skang dia la tukang bayar
Sampai kaunter je, duit! Pay mummy!
Kuat gile..cess ..sengeh je la gua kalau ada org gelak
Bayar parking pon dia dh take over
Sampai kat pondok nk bayar tu. Dia akan pgg kad n duit pastu hand to kakak or abang dlm pondok tu
Yg nyampah... Aku gak kena angkat dia....dh la hantapppp berrrratt
Hihi
Parking card memang dia yg pegang skang. Ngade2  tau
Penah sekali aku mengagau cari kad parking dlm keta,,, dia leh sengih ckp ni mummy!
Dlm beg dia!!!!!! Huhuhu mgelabah aku weyyy...kang byr 26 hinggitttt

Yg best..ni i think this is the moment when a mother cry with happiness n tak serik nak menempuh sakit pregnant or sakit meneran bersalin
Aku tgh tgk tv.. Few weeks ago
Cite P Ramlee yg tipu2 dia mati dgn bini dia tu sebab nak lari dari hutang
Cite Do Re Mi kan? Keluarga 69 ?
Lupe sbb tgk gitu2 je
Sekali Humaira' masuk bilik . Gi amik wallet aku
Pastu kuarkan duit n ckp uncle angis ( nangis) , nak duit..
Mula2 aku mcm biol.. Uncle mana plak tu
Dia tunjuk kat tv sambil ckp tu! Uncle kakak nangis, nak duit
Ooooo nk bagi kat P Ramlee tu
Hihihi
Ingat dia tak tgk tv sbb sibuk ngn kitchen dia tuh
Terus aku sebak n peluk dia kuat2.. Such a big girl!

Ajar dia derma duit kat zoo. For monkey! She said.
Suka benar tengok monyet!!

Tata



Wednesday, December 11, 2013

Cucur ikan bilis simple n sedap gilos

Salam

Antara snack yang aku paling suka adalah cucur ikan bilis
Jemput jemput kan nama lain dia
Mak aku panggil jemput malas
Aku tak tau tang mana malas tuh. Hehe maybe sbb resipi dia senang
Bagi aku takde la mudah sbb aku tak suka part goreng tu. Berminyak muka i tau!
Hehe

Resipi cucur ni dari SIL aku
Sedap dan lembut
N tak perlu telur

So u just need
Tepung ikut suka . Nak banyak bubuh banyak.
Bawang merah
Cili kering yg dh direbus n dikisar
Ikan bilis
Daun bawang potong kecik2 -  ni optional utk kasi wangi2 je

Bubuh tepung n air panas setengah cawan.
Haa air panas ni lah utk kasi jemput kita lembut gebuu
Pastu ikan bilis n bawang merah ditumbuk2
Pastu campurkan semua bahan yang ditumbuk dan cili kering kisar ( sesudu dua je)
Pastu gaul semua sampai jadi adunan sebati
Masa ni kalau pekat sangat adunan boleh tambah air masak biasa je

Kalau nak buh telur silakan.. Cucur lagi kembonggg
Aku ikut mood. Kalau rasa nak banyakkan kalori aku bubuh telur
Hehe

Pastu guna sudu kecik, bubuhla ke minyak yang dah panas
Jadilah cucur
Kalau mood rajin aku datang, aku guna lah tangan ..so cucur jadi bulat comel
Tapi resipi ni memang sedap n simple. 10 minit je dah siappp
Makan dengan teh o panas..perghhh 
10 biji masuk mulut pon tak sedar oiii

P/s kadang2 aku bubuh cili padi yg dipotong potong kecik 
Best tetiba tergigit ada rasa pedas menyengat kikiki

Tata

  Menggiurkan!!

Monday, December 9, 2013

Retail therapy

Salam

Retail therapy.. Yes! Bukan saja saja nak shopping
Hehe justifikasi ler tuuu
Gatai kannnn

Segalanya bermula di pagi hening semasa aku tak pergi kerja
Kehkeh
Humaira'demam teruk so aku memontengkanlah diri aku dari kerja
Hehe nasib baik hang boss kannn.... Sukati ko je x nak dtg kerja bila anak sakit
Eh anak sakit.. Memang aku buang ke laut je kerja. Anak aku lah no 1!
Xde fokus maa

Masa jaga anak ni ...so bila dia tido lepas makan ubat
Takde kerja lain lah aku
Surf internet... Online shopping lor
Tapi banyak aku beli baju untuk si boolat je
Untuk aku yilek!
Sebab aku tak tau nak shopping kat website mana
Experience aku beli baju poplook 2 kali buat aku agak phobia
Ntah.. Aku tak gemar baju poplook.. Material dia kureng,, macam baju pasar malam pun ada..harga lak agak mahal
Maybe aku tak pandai pilih kowtttttt

So untuk aku..aku gi mall lah
Ha! Aku terjumpa satu kasut... High heel 4 inci waaaaa
Masa kat airport KLIA
ada 30% off lagih
Aku habiskan masa sebelum boarding dengan try kasut tu
Comeyyyyy.... Comfy gile
20 minit nk boarding..aku beli!
Hehe.. 
First time beli kasut mahaiiii...hahaha tak mau bagitau brand apeee..

Pastu aku shopping plak kat mall Suria Sabah ni
Sale byk gile sbb nak krismas
Sini meriahhh gile krismas.. Mana2 pun kann?.
Buying power diorang tinggii
Aku terbeli.. Terrr okey.hihi.. Satu watch!
Eh bukan.. Dua la..hoho sbb tmbh rm 80 leh pilih mysterious watch dari store tu
Kekeke.... Kena sorok jam ni dari amir sbb aku baru je beli jam bulan 5 hari tuuu

Pastu ni lawak.. Tak pernah2 aku terfikir aku buat
Aku tengok blog aku nih huduh
So aku upah org buatkan.. Orang tu pernah buat blog utk akak aku jual Shaklee dia. 
Hahaha selalu gaduh ngn kakak aku pasal Shaklee nih... Hehe
But aku support je..tapi mana yg aku rasa dia overclaim , aku bagi je fakta direct to her face
Sabar ye  kak... Hehehe,, dah adik hang doc mulut laser!
Orang tu buat free je utk akak aku. So aku try la suh dia
Kena charge rm 140
Takde kerja kann aku? Macam la aku dpt income ribu riban dari blog nih..
Nuffnang aku pun ada berapa sen ntah..tak pernah gua amik port
Hehehe
Janji kat mata aku lawa! Lawa tak blog gua??

So tu je lah retail therapy aku
Tak banyak ponnnn
Hehe ke ada lagih aku tak sebut
Arap2 laki aku tak baca blog aku
Aku rasa dia baca..rasa2 aku lah. Korang rasa ape? Hehehehe
Rasa luga! Eh..hehehhe

Yang best. Kad kredit bukan ana empunyaaaaaaaaaaaaaa!!
Hehehe
Tata

Minah tudung saji!


My Other Stories

Related Posts with Thumbnails